Definisi Blog
- Blog ialah singkatan untuk weblog, merupakan suatu catatan atau jurnal peribadi yang terdapat di dalam jaringan internet. Catatan yang dibuat adalah sentiasa dikemas kini dan bahan-bahan yang dimasukkan adalah untuk tatapan umum. Catatan yang dibuat adalah mengenai sesuatu tajuk seperti makanan, politik, berita tempatan, dan sebagainya. Blog yang tipikal menggabungkan teks, imej dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Aktiviti unutk membuat dan mengemas kini blog disebut blogging. Individu yang melaksanakan tugas untuk mengemas kini blog dikenali sebagai blogger.
Kepentingan Blog
- dapat bertukar maklumat
- dapat maklum balas daripada pembaca blog
- sumber rujukan utama untuk mengetahui berita semasa
- medan untuk individu memperkenalkan diri dan produk mereka.
LANGKAH-LANGKAH PENCIPTAAN BLOG (menggunakan Google blogger)
1. Buka laman web Google Blogger ( www.blogger.com ) seperti gambar di bawah.
2. Untuk mencipta blog, sila klik pada butang 'Get Started'.
3. Bagi pengguna yang telah mempunyai akaun Google, anda hanya perlu klik SIGN IN. bagi yang belum mempunyai akaun google, anda perlu sign up terlebih dahulu.
4. Seterusnya, antara muka untuk memberikan nama kepada blog seperti gambar di bawah akan dipaparkan.
4. Seterusnya, antara muka untuk memberikan nama kepada blog seperti gambar di bawah akan dipaparkan.
5. Setelah semua maklumat yang dikehendaki diisi, dan template telah dipilih anda perlu klik pada butang 'buat blog'.
6. Tahniah! blog anda telah berjaya dibina. apabila keluar paparan seperti gambar di bawah, anda boleh mengedit blog anda di bahagian setting, theme dan layout dan etc. Untuk membuat post, klik 'New Post'.
No comments:
Post a Comment