Sunday, 24 September 2017

CHAPTER 8: MEDIA SOSIAL, E-MEL DAN CLOUD STORAGE

1. FACEBOOK

  • Facebook merupakan perkhidmatan rangkaian sosial yang ditemui pada 4 Februari 2004 dan diasaskan oleh Mark Zuckerberg. Pada mulanya keahlian laman web ini dihadkan kepada pelajar-pelajar Harvard tetapi kemudiannya diluaskan ke kawasan kolej sekitar Boston seperti Ivy League dan juga Stanford University. Facebook secara beransur-ansur telah membuka keahliannya ke beberapa buah universiti lain kemudiannya kepada beberapa pelajar sekolah menengah dan akhirnya kepada orang ramai yang berumur sekurang-kurangnya 13 tahun ke atas.
Muka Facebook

2. TWITTER
  • Twitter merupakan ruangan mikroblogging yang popular.
  • Antara fungsi Twitter ialah:
  • menambah kenalan
  • find and follow individu seperti syarikat, penghibur, politik dan banyak lagi
  • berkongsi pautan web
  • menggunakan privacy setting untuk mengawal maklumat yang dikongsi
  • trending topics 
Twitter

3. E-MEL
  • E-mel atau email merupakan aplikasi yang sering digunakan pada masa ini untuk pelbagai tujuan sama ada tujuan menghantar surat secara formal atau tidak formal. Terdapat pelbagai jenis e-mell yang terdapat di pasaran. Terdapat juga aplikasi yang menyediakan perkhidmatan selain daripada e-mel seperti Google Apps.
Paparan akaun Gmail


4. CLOUD STORAGE
  • cloud storage ialah media penyimpanan secara atas talian. Ia digunakan untuk menguruskan storan data di mana anda dapat menyimpan data pada virtual server yang menggunakan servis hosted network. Terdapat pelbagai jenis sistem cloud storage untuk kegunaan persendirian mahupun perniagaan. Salah satu daripada servis Cloud Storage ialah Dropbox.
  • Dropbox membolehkan kita menyimpan fail, gambar, dokumen dan video secara atas talian. Semua bahan yang disimpan di dalam Dropbox anda akan dipaparkan pada computer, telefon dan juga laman web Dropbox.





No comments:

Post a Comment