Sunday, 24 September 2017

PENGENALAN DIRI

ABOUT ME (^-^)

NAMA: NurHaida Izzani bintI Ismail

TARIKH LAHIR: 26 Februari 1997

UMUR: 20 tahun

ASAL: Marang, Terengganu

ANAK KE: 2 daripada 6 orang adik-beradik

INSTITUSI PENDIDIKAN SEKARANG: Universiti Pendidikan Sultan Idris

PROGRAM: Diploma Sains

HOBI: Menulis, membaca dan travelling.

CITA-CITA: Saintis / Ahli Forensik / Biotechnologist / Aktivis Islam

MATLAMAT HIDUP: Menjadi insan yang berguna kepada agama dan negara serta menjadi anak kebanggaan ibu bapa.

CHAPTER 8: MEDIA SOSIAL, E-MEL DAN CLOUD STORAGE

1. FACEBOOK

  • Facebook merupakan perkhidmatan rangkaian sosial yang ditemui pada 4 Februari 2004 dan diasaskan oleh Mark Zuckerberg. Pada mulanya keahlian laman web ini dihadkan kepada pelajar-pelajar Harvard tetapi kemudiannya diluaskan ke kawasan kolej sekitar Boston seperti Ivy League dan juga Stanford University. Facebook secara beransur-ansur telah membuka keahliannya ke beberapa buah universiti lain kemudiannya kepada beberapa pelajar sekolah menengah dan akhirnya kepada orang ramai yang berumur sekurang-kurangnya 13 tahun ke atas.
Muka Facebook

2. TWITTER
  • Twitter merupakan ruangan mikroblogging yang popular.
  • Antara fungsi Twitter ialah:
  • menambah kenalan
  • find and follow individu seperti syarikat, penghibur, politik dan banyak lagi
  • berkongsi pautan web
  • menggunakan privacy setting untuk mengawal maklumat yang dikongsi
  • trending topics 
Twitter

3. E-MEL
  • E-mel atau email merupakan aplikasi yang sering digunakan pada masa ini untuk pelbagai tujuan sama ada tujuan menghantar surat secara formal atau tidak formal. Terdapat pelbagai jenis e-mell yang terdapat di pasaran. Terdapat juga aplikasi yang menyediakan perkhidmatan selain daripada e-mel seperti Google Apps.
Paparan akaun Gmail


4. CLOUD STORAGE
  • cloud storage ialah media penyimpanan secara atas talian. Ia digunakan untuk menguruskan storan data di mana anda dapat menyimpan data pada virtual server yang menggunakan servis hosted network. Terdapat pelbagai jenis sistem cloud storage untuk kegunaan persendirian mahupun perniagaan. Salah satu daripada servis Cloud Storage ialah Dropbox.
  • Dropbox membolehkan kita menyimpan fail, gambar, dokumen dan video secara atas talian. Semua bahan yang disimpan di dalam Dropbox anda akan dipaparkan pada computer, telefon dan juga laman web Dropbox.





Wednesday, 6 September 2017

CHAPTER 4: MICROSOFT POWERPOINT

BAHAGIAN 1:

Hyperlink

1. Buka microsoft power point seperti biasa, tambah new slide ikut berapa byk anda suka.

2. Siapkan dahulu perkara-perkara yg anda  ingin tulis di dalam power point tersebut.



3. CONTOH: saya ingin memasukkan hyperlink pada soalan untuk dihubungkan kepada jawapannya.

4. Klik pada perkataan atau ayat yang diinginkan dan right klik cari perkataan hyperlink.

5. Akan keluar hyperlink seperti di bawah. Pilih place in the document --> pilih slide mana yang anda ingin 'hyperlink'kan.



6. Lakukan perkara yang sama untuk 'slides' yang lain.

7. Copy semua  yang sudah di 'hyperlink'kan ke setiap slide yg anda mahukan.

8.  SIAP!.


Monday, 4 September 2017

CHAPTER 9: PENGEDITAN IMEJ (GIMP)

Tugasan saya yang seterusnya ialah mengedit imej menggunakan perisian GIMP. Perisian GIMP atau dikenali juga sebagai GNU Image Manipulation Program merupakan salah satu perisian sumber terbuka yang diberikan secara percuma melalui General Public License (GPL).

LANGKAH-LANGKAH MENGGUNAKAN GIMP

1. Pilih gambar yang kita mahu edit terlebih dahulu.  Klik file ---> open ---> pilih gambar ---> open
dan ia akan keluar seperti di bawah. Saya gunakan scissors select tool untuk memotong bahagian yang kita mahukan.



2.  Selesai potong, jangan lupa klik enter pada gambar tersebut . seterusnya, pergi ke edit dan klik copy.


3. Apabila sudah copy, klik file --> new. pilih landscape orientation.


4. Apabila sudah buka lembaran baru, klik edit dan paste gmbar yang sudah dipotong seperti di bawah. 



5. Jangan lupa untuk klik layer --> new layer untuk tambah gambar baru menggunakan langkah yang sama dari 1-4.


8. Anda boleh mungubah skala mengikut saiz yg anda inginkan. butang skala berada di bahagian toolbox. Contohnya, saya kecilkan gambar. kedudukan gmbar juga boleh diubah menggunakan move tool.



9. Selepas anda memasukkan gambar-gambar yg diperlukan, jangan lupa untuk save.

10. Untuk latar belakang, hanya perlu klik bucket fill tool dan pilih warna. Selain itu, anda boleh menghias background dengan blend tool, gradient effects atau pattern fill. Terpulang kepada kreativiti masing-masing.



12. Pastikan klik di bahagian background terlebih dahulu.

13. Untuk gambar di bawah, saya menggunakan pattern fill.


14. Selain itu, boleh tambah filter juga unuk mencantikkan lagi hasil gambar anda.

CHAPTER 7: BLOG

Definisi Blog

  • Blog ialah singkatan untuk weblog, merupakan suatu catatan atau jurnal peribadi yang terdapat di dalam jaringan internet. Catatan yang dibuat adalah sentiasa dikemas kini dan bahan-bahan yang dimasukkan adalah untuk tatapan umum. Catatan yang dibuat adalah mengenai sesuatu tajuk seperti makanan, politik, berita tempatan, dan sebagainya. Blog yang tipikal menggabungkan teks, imej dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Aktiviti unutk membuat dan mengemas kini blog disebut blogging. Individu yang melaksanakan tugas untuk mengemas kini blog dikenali sebagai blogger.
Kepentingan Blog
  • dapat bertukar maklumat
  • dapat maklum balas daripada pembaca blog
  • sumber rujukan utama untuk mengetahui berita semasa
  • medan untuk individu memperkenalkan diri dan produk mereka.

LANGKAH-LANGKAH PENCIPTAAN BLOG (menggunakan Google blogger)

1. Buka laman web Google Blogger ( www.blogger.com ) seperti gambar di bawah.



2. Untuk mencipta blog, sila klik pada butang 'Get Started'.
3. Bagi pengguna yang telah mempunyai akaun Google, anda hanya perlu klik SIGN IN. bagi yang belum mempunyai akaun google, anda perlu sign up terlebih dahulu.
4. Seterusnya, antara muka untuk memberikan nama kepada blog seperti gambar di bawah akan dipaparkan.



5. Setelah semua maklumat yang dikehendaki diisi, dan template telah dipilih anda perlu klik pada butang 'buat blog'.
6. Tahniah! blog anda telah berjaya dibina. apabila keluar paparan seperti gambar di bawah, anda boleh mengedit blog anda di bahagian setting, theme dan layout dan etc. Untuk membuat post, klik 'New Post'.






CHAPTER 3: MICROSOFT EXCEL: MARKAH DAN GRED TAHUNAN PELAJAR

Melalui pembelajaran di dalam kelas berkenaan topik ini, saya telah mempelajari cara-cara untuk memasukkan markah dan membina gred di dalam microsoft excel.

1) Masukkan Data

pertama sekali, masukkan senarai nama pelajar, item2 yang diperlukan dalam setiap cells.



taipkan dahulu markah dalam setiap ujian dan peperiksaan. untuk mengira purata, peratus dan setiap operasi yg ingin dibuat, pastikan anda letakkan tanda '=' dulu diikuti dgn operasi anda.. cth di bwh ialah =SUM(I5+L5+O5).

dan apabila anda tekan enter, anda akan dapat seperti di bwh.

anda x perlu taipkan setiap operasi untuk semua pelajar.. klik di hujung cell P5 sampai anda jumpa simbol '+', kemudian double klik di situ dan anda akan dapat nilai untuk semua pelajar. well, this is what excel are for... yayyy

2) Gred Pelajar (VLOOKUP)

Anda perlu membina table dahulu untuk gred prestasi seperti di bawah. klik cell K5 --> menu bar--> formula --> insert function.

rajah insert function akan keluar.. dan pilih VLOOKUP --> OK....


kotak function arguments bagi VLOOKUP ialah seperti di bawah. 
lookup_value : lihat cell pertama yg kita hndak gredkan. 
table _array : highlight table pink.
col_index_num: tulis '2' 
range_lookup: tulis 'TRUE'
ok.


anda akan dpt lihat gred yg terhasil.. seperti yg kita buat untuk operasi tadi, klik di hujung cell smpai nmpk simbol '+', untuk dapatkan gred semua pelajar.


3) Menggunakan COUNTIF

COUNTIF digunakan untuk mengira bilangan gred.
klik cell J8 --> menu bar --> formula --> insert function.

pilih category statistical, kemudian pilih COUNTIF di rajah insert function. ok


selepas itu, rajah function akan keluar. 
range: tarik cell dari Q5  hingga Q26. 
(jangan lupa untuk selitkan simbol '$' di dalam range.)
criteria: taipkan TH.


COUNTIF tidak boleh dibuat sekaligus untuk semua pelajar seperti VLOOKUP. 
buat satu-persatu range dan criteria megikut cell.

jadi, seterusnya saya mengira % pula seperti biasa. cth seperti di bawah.


dan hasilnya seperti di bawah.



4) Membina Graf

pada menu bar, klik insert , pilih 2-D column (Clustered column).
jadi, paparan rajah graf akan keluar. 


klik move chart untuk pindahkan ke sheet yg lain. di sini saya labelkan sebagai 'graf thn 3 ferum'.
kemudian klik select data untuk mengedit graf.


rajah select data source akan keluar seperti di bawah. klik edit. taipkan 'peratus pencapaian pelajar tahun 3 ferum'.


di bawah ialah cth graf yg sudah siap.. label setiap axis. anada boleh mengubah mengikut kreativiti. 


di bawah ini pula ialah senarai markah pelajar yang sudah siap diedit cantik2. menggunakan wrap text, merge & centre , dsb. 



Wednesday, 30 August 2017

CHAPTER 2: MICROSOFT WORD

PROJEK 1 : MEMBUAT SIJIL

Dalam topik ini, saya telah mempelajari teknik-teknik untuk menulis di dalam Microsoft Word menggunakan teknik Mail Merge. Saya juga telah diminta untuk menyediakan Sijil Penghargaan dan Penyertaan menggunakan teknik yang telah dipelajari. 

Berikut merupakan langkah-langkah untuk menggunakan mail merge:

1. Buka Microsoft Word. 
2. Sebagai contohnya, dibawa ini saya lampirkan sijil penghargaan yang telah siap ditaip.

3.  Pilih menu Mailings di Menu Ribbon, lalu klik Start Mail Merge
4. Kemudian pilih Step by Step Mail Merge Wizard



5. Lalu akan keluar tampilan seperti ini. Pilih Letter → Next : Starting Document


6. Pilih Use the Current Document →Next : Select recepients
7. Lalu pilih Type a new list → Create






8. Jika ada tampilan seperti ini, pilih Customize Columns



9. Oleh kerana disini yang diperlukan hanya Nama dan Alamat saja, jadi hapus semua daftar dalam Field Names, atau sisakan dua saja untuk mengisi Nama dan NO IC caranya Klik Kanan Rename.
10. Selain dengan Rename bisa juga dengan pilih Add.
11. Pada Type a name for your field ketik “Nama” dan “NO IC”, kemudian KLIK OK.
12. Kemudian klik di form Nama dan NO IC, tulis nama dan no ic yang dituju. Untuk menambahkan nama serta no ic lagi , klik New Entry.
13. Setelah selesai menulis semua alamat yang dituju seperti dibawah, klik OK.




14. Lalu simpan data tersebut. Remember!! (antara Data dan Document harus dalam satu folder)
15. Setelah menyimpan data-data tadi,  pilih Mailings → Insert Merge Field
16. Pilih Preview Result untuk melihat hasilnya.
17. Jika Anda ingin meng-print surat tersebut pilih Finish & Merge, klik All, dan klik OK.


18. Sijil anda kini sedia untuk di cetak!

CHAPTER 1: KOMPONEN, APLIKASI, ETIKA DAN KESELAMATAN KOMPUTER

KOMPONEN DAN APLIKASI KOMPUTER

Definisi - Komputer berasal dari perkataan Latin Computare yang membawa maksud 'Kira'. Kerja-kerja pengiraan yang dilakukan oleh komputer melibatkan perlaksanaan operasi aritmetik dan logik ke atas pangkalan data berdasarkan arahan yang diberikan oleh pengguna.

Jenis-jenis data diproses oleh komputer untuk menghasilkan maklumat:
  • teks
  • bunyi
  • imej
  • animasi
  • video
Fungsi utama komputer:
  1. pemprosesan data
  2. penyimpanan data
  3. pergerakan data
  4. kawalan ke atas kompenen yang terlibat sewaktu pemprosesan, penyimpanan dan pergerakan data.
Pengkelasan jenis komputer berdasarkan:
  • kelajuan pemproses
  • bilangan daftar saiz perkataan
  • saiz ingatan utama
  • tahap kerumitan sistem pengoperasian
  • saiz fizikal
  • kos
Jenis-jenis komputer:

1. Komputer Mikro (PC)
  • dibangunkan berasaskan kepada teknologi pemprosesan bersaiz mikro, saiz yang praktikal, mudah dibawa, kos rendah
  • contoh: tower PC, komputer riba, tablet seperti IPad Apple dan Fire Amazon.
2. Komputer Mini (midsize)
  • sesuai untuk kerja yang tidak memerlukan capaian data yang banyak, saiz lebih kecil dari kerangka utama, berupaya melaksanakan fungsi aritmetik dan logik asas.
  • contoh: mesin kaunter di kompleks membeli-belah,
3. Kerangka Utama
  • mampu memproses jutaan transaksi dalam satu tempoh yang sama, menggunakan kuasa penyejuk air atau penyejuk udara, serta mempunyai papan kekunci dan monitor.
  • contoh: komputer dalam organisasi seperti bank.
4. Komputer Super
  • kapasiti tinggi, sangat mahal, digunakan untuk pemecahan kod enskripsi, permodelan molekul halus, reka bentuk pengangkutan udara, etc.
  • contoh: Komputer K keluaran Fujitsu Jepun.

MODEL VON NEUMANN

Pada tahun 1941, Mark 1 yang merupakan komputer elektronik mekanikal pertama di dunia telah dibangunkan oleh Dr Howard Aikern dengan kerjasama syarikat komputer IBM. Saiznya yang sangat besar sehingga mencecah 55 kaki panjang dan 8 kaki tinggi memerlukan sehingga 800km wayar untuk menghubungkan setiap komponennya. Pada tahun 1944, EDVAC yang merupakan sejenis komputer yang mengimplementasikan konsep atur cara tersimpan dalam ingatan/memory telah dibangunkan pula. Lantaran itu, pada tahun 1945, John Vonn Neumann telah menulis satu laporan berkaitan konsep atur cara tersimpan dalam memory dan laporan ini dinamakan sebagai First Draft of a Report on EDVAC. struktur asas yang dicadangkan di dalam draf inilah yang dikenali sebagai model Von Neumann.

Model Von Neumann

UNIT SISTEM 
terdiri daripada:
  1. papan induk
  2. ingatan utama
  3. cache
  4. storan sekunder
  5. unit pemprosesan
  6. unit input
  7. unit output
  8. perkakasan komunikasi

APLIKASI KOMPUTER
  • Secara amnya, perisian boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:
  1. Perisian Sistem: Aturcara yang mengurus dan menyokong sumber, operasi sistem dan rangkaian komputer. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu aturcara sistem pengurusan  (system management programs) dan aturcara sistem pembangunan (system development programs). Contoh: Sistem pengoperasian, aturcara pengurusan rangkaian, sistem pengurusan pangkalan data, dan sistem utiliti.  

contoh perisian sistem


  1. Perisian Aplikasi: Aturcara yang mengenalpasti aktiviti pemprosesan untuk menyelesaikan tugas-tugas atau masalah-masalah tertentu. Antara contoh-contoh perisian aplikasi adalah hamparan elektronik (electronic spreadsheet), dan pemproses perkataan (word processing). Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu “general purpose application programs” dan “application-specific programs”. Contoh: Penterjemah (translator) dan “editor” bahasa pengaturcaraan, alatan-alatan pengaturcaraan, dan pakej CASE (Computer-Aided Software Engineering).


contoh perisian aplikasi

ETIKA DAN KESELAMATAN KOMPUTER

Definisi EtikaPerkataan Greek "Ethos" iaitu perwatakan peribadi tingkahlaku dan kelakuan moral yang dijangka diikuti oleh manusia. Prinsip-prinsip benar atau salah yang digunakan oleh individu dalam membimbing gelagat mereka.


10 Etika Komputer:
  1. tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
  2. tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
  3. tidak membelek fail komputer orang lain.
  4. tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
  5. tidak menggunakan komputer untuk menjadi saksi palsu.
  6. tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.
  7. tidak menggunakan sumber komputer orang lain tanpa kebenaran atau sebarang bayaran.
  8. tidak menggunakan tanpa kebenaran hasil intelektual orang lain.
  9. memikirkan akan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
  10. menggunakan komputer dengan memberi pertimbangan dan hormat kepada manusia lain.
Etika di Laman Sembang
  1. jangan berikan maklumat peribadi diri anda, seperti nama penuh anda,nombor telefon peribadi, alamat rumah.
  2. elakkan dari mengatur pertemuan dengan kenalan yang baru ditemui di Internet.
  3. hindari dari menunjukkan gambar anda. Dalam dunia siber ini, seseorang yang berniat jahat boleh menjejaki anda walaupun hanya melalui gambar.

Etika Penulisan E-mel
  1. amalkan penggunaan bahasa yang baik.
  2. elakkan penggunaan HURUF BESAR dan menebalkan perkataan; penggunaan huruf besar dan tebal menggambarkan seolah-olah anda meninggikan suara dan memberi arahan kepadaa seseorang untuk melakukan sesuatu.
  3. jangan merahkan tulisan; tulisan merah menunjukkan yang anda marah dan tidak suka kepada penerima e-mel.
  4. periksa ejaan.
  5. pilihan tetapan 'font'; contohnya, Times New Roman, Arial dan Verdana.
  6. periksa tanda baca.

Etika di Laman Rangkaian Sosial
  1. memilih rakan/followers yang relevan.
  2. berkongsi maklumat yang sahih dan positif.
  3. tidak bersembarangan "tagging" dan "check in".
  4. tidak berkongsi gambar yang sensitif.
  5. tidak berkongsi gambar yang sensitif.
  6. tidak mencipta identiti palsu.

Etika Penulisan Blog
  1. bertanggungjawab dengan tulisan anda.
  2. menulis berdasarkan fakta dan sumber sahih.
  3. gunakan bahasa yang baik.
  4. elakkan daripada menulis isu-isu sensitif yang boleh mengugat keharmonian negara.
  5. elakkan "copy-and-paste" entri pihak lain secara keseluruhan tanpa izin.
  6. jangan menabur fitnah.

KESELAMATAN KOMPUTER

Diperlukan utk melindungi sistem komputer dan maklumat drpd pengguna yg tidak sah, kerosakan akibat pencerobohan dan bencana semulajadi. Kawalan keselamatan komputer boleh melalui perkakasan, perisian, dan rangkaian keselamatan. Langkah2 keselamatan diambil utk mengelak dr serangan penggodam, pencerobohan, sabotaj dll.

Ancaman Keselamatan Komputer
  • Kod Berniat Jahat (Malicious code)
  • Virus
  • Cecacing
  • Trojan Horse
  • Time Bomb
  • Penggodam
  • Bencana semulajadi
  • kecurian
Langkah-langkah Keselamatan yang Perlu diambil:
  • Tembok Api
  • Anti-virus
  • Anti-Spyware
  • Kriptografi,
  • Aspek Kemanusiaan
  • Sandaran Data.